Tuesday, April 16, 2013

sahabat #2

Hey, kau sahabat aku!
Kita bersama meredah alam sekolah rendah bersama.
Ingat?
Kita selalu mengejek nama ayah kita sesama sendiri,
sebab? kita kan sahabat! :)
selalu mengusik antara satu sama lain.
Dulu kau rendah,
bila dah besar ni jumpa balik,
mak datuk campur nenek moyang sekali,
tinggi woi kau!
aku pula yang seperti orang kerdil disebelah kau.
Aku nak bagi tahu kau yang aku rindu saat kita kecil dulu,
boleh duduk dalam bulatan dan bermain bersama,
walaupun berlainan jantina.
Kalau sekarang?
malu-malu-malu-malu-malu je.
Lagi-lagi aku ni memang pemalu orangnya. #eh HAHAHA
Maafkan aku wahai sahabat,
kerana apa?
kerana aku penah melukakan hatimu,
dalam sedar atau tidak.
Maafkan aku,
mungkin benar aku seperti manusia yang tak berperasaan.

0 orang.berbicara: