Wednesday, February 21, 2018

Cara Turunkan Berat Badan Dengan Cepat | farahNothman

Setiap orang mengimpikan berat badan yang ideal. Berat badan yang berlebihan menjadi punca kepada pelbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi, dll.

cara turunkan berat badan dengan cepat


Bagi mengelakkan kita daripada mengidapi penyakit-penyakit yang boleh membahayakan nyawa, ada baiknya kita mencegah kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Cara turunkan berat badan dengan cepat adalah;

cara turunkan berat badan dengan cepat


1. AMALKAN MAKAN SUKU SUKU SEPARUH.

Suku suku separuh merupakan pinggan sihat dimana suku untuk carbo seperti nasi, roti, tepung putih, dan mee. Kemudian, suku lagi adalah portion untuk protin seperti ikan, daging, atau ayam dan separuh lagi adalah untuk fiber iaitu sayur-sayuran dan buah-buahan.


cara turunkan berat badan dengan cepat


2. MINUM AIR MASAK 2-3L SEHARI.

Air masak bukan saja sihat tapi ia juga sangat membantu korang dalah usaha turunkan berat badan. Sebenarnya badan kita bukan perlukan makanan sangat tapi sebenarnya badan kita kekurangan air. Bila korang rasa lapar, minum air dulu sebelum ambil apa-apa makan. Patikan minum air masak 8 gelas sehari atau 2-3L air sehari.


cara turunkan berat badan dengan cepat


3. TIDUR AWAL.

Korang percaya tak yang tidur lewat merupakan punca kepada masalah kegemukkan. Sebab apa? Bila tidur lewat, korang secara tak langsung akan rasa lapar pada waktu malam. Betul? Jadi, elakkan tidur lewat malam.

cara turunkan berat badan dengan cepat


4. BERSENAM.

Bila kata nak kurus kita mesti terapkan dalam minda yang kita nak kurus dan sihat. Kurus tapi tak sihat tak ada guna juga kan? Jadi, ambil masa 30minit setiap hari untuk melakukan senaman.


cara turunkan berat badan dengan cepat


5. TINGGALKAN GULA.

Gula adalah musuh utama bagi mereka yang nak kurus dan cantik kerana ia adalah punca utama pelbagai penyakit berbahaya seperti kencing manis malah kanser juga boleh berpunca daripada pengambilan gula.

Amalkan makan suku suku separuh, bersenam, serta pengambilan suppliment pasti dapat membantu korang yang nak turunkan berat badan dengan cepat.

0 orang.berbicara: