Friday, April 19, 2013

Sahabat #3

Sahabat!
Terima kasih kerana menjadi sahabat aku,
walaupun banyak kekurangan dalam diri ini.
Kadang kala pasti ada sesuatu yang aku lakukan telah melukakanmu.
Terlepas kata,
terlepas laku,
ya, aku mengaku!
Maafkan aku, sahabat!
Andai dapat aku undurkan masa,
mahu saja aku pergi ke saat memori kita bersama,
yang indah mahupun yang duka,
kerana ia kenangan dan pengalaman.
Pengalaman manis membuat aku rasa bahagia dan bersyukur,
bersyukur dikurniakan sahabat seperti kalian. :)
Pengalaman pahit akan membatu aku menjadi lebih dewasa,
tidak mengulangi kesilapan lampau.
Jika ditakdirkan kita semua berjauhan,
harap ada sesuatu yang akan mendekatkan kita semua.
Sahabat!
Maafkan aku. :')

0 orang.berbicara: