Tuesday, April 16, 2013

sahabat #1

Sahabat,
kenangan kita bersama masih segar dalam ingatan,
kita bermain masak-masak,
berlari ke setiap sudut kampung,
kau memarahi aku andai aku berjalan didepan mu,
kau mahu kita berjalan seiring,
kerana kita sahabat!
kau memarahi aku andai aku bersahabat dengan sahabat aku yang lain,
mungkin kau rasa aku tidak pedulikan mu,
maaf, jika itu yang kau rasa,
tetapi, aku tak akan pernah lupa pada kenangan kita,
bersama meredah lautan nyamuk,
duduk bersembang hal kanak-kanak,
kerna kita sahabat!
tetapi,kerana satu peristiwa antara kita mempunyai jurang,
jika aku yang mewujudkan jurang antara kita,
maafkan aku wahai sahabat.

0 orang.berbicara: