Tuesday, April 24, 2012

padang, indonesia trip #day2

Bersambung dari entry yang lepas. Hari kedua berada di Padang, Indonesia. Subuh bangun terus siap-siap nak berangkat ke Bukit Tinggi, Indonesia.

Sepanjang perjalanan korang akan nampak tanaman padi bukit. Tenang jew sepanjang perjalanan. Jalan nak ke Bukit Tinggi ni boleh di samakan dengan jalan nak ke Kuala Pilah, N.Sembilan. Jalan yang bengkang-bengkok.



Dalam perjalanan, kami telah berhenti sebentar di Istano Basa Pagaruyung atau dalam bahasa malaysia bermaksud 'Istana Besar Pagaruyung'

Kami dapat lihat keunikan seni bina minangkabau di sini. Dari segi atap dan juga ukiran dinding. Tapi, kami tak dapat tengok hiasan dalaman istana kerana istana ini sedang di renovate.




Selepas itu, kami telah di bawa ke kubu jepun pada zaman Jepun menjajah Indonesia atau dipanggil 'Lobang Jepang'. Terdapat 15 terowong yang berlainan fungsinya seperti Dapur. Dapur ni tempat tahanan di bunuh bukannya dapur memasak tau.

Yang masih mereka tidak tahu sehingga kini ialah dimana Jeneral Jepun lari dan berapa ribu tahanan yang telah terkorban.

Untuk pengetahuan korang, kubu ni tidak runtuh walaupun gempa bumi berlaku. Kubu ini hanya tanah semata-mata. Bijak tak bijak orang jepun.


Permandangan di luar kubu jepun. View yang sangat membantu dalam memberi ketenangan di minda selepas letih menjelajah dalam kubu jepun tu. Kaki memang tak payah cakap lah sakitnye.


Sambung perjalanan ke untuk ke hotel. Berjam-jam dalam bus tau korang. Naik kematu punggung ni..HAHA. Akhirnya sampai di NIKITA HOTEL. 


Dah settle chek-in hotel. Bebas nak buat aktiviti sendiri. So, aku dan rakan-rakan amek keputusan nak keluar jalan-jalan dekat luar sambil ditemani member dari Padang. Apa barang pergi tempat orang nak memerap dalam bilikkan.

Mula-mula kami makan murtabak. Tapi, rasa die memang umhhhh lah. Tak sama macam murtabak Malaysia. Lepas tu kami jalan lagi cari Bakso. Bawah ni gambar baksonye. Sorry, gambar murtabak tak ada. :)


Lepas makan, kami sambung jalan-jalan. Kami lepak di 'Jam Gadang'. Suasana dekat sini memang meriah. Ada orang jual baju. Siap ada hiburan oke. Kalau dekat Malaysia kita panggil Joget Lambak. Cuma tak tahan udara yang dicemari dengan asap rokok. 

Bila ada dekat sini rasa macam ada dekat dataran merdeka cuma kalau dekat dataran merdeka tak ada hiburan macam dekat sini. Yang ada cume orang melepak, dating-dating, family bersantai.


p/s: Best lepak dekat sini. Rasa macam tak nak balik hotel. hehe.. Hari seterusnya akan di update di entry lain k. :)

2 orang.berbicara:

syahiraaghani said...

aku dah sampai kat sana. mmg xpyh pkai air cond la kan. pagi2 dah sejuk. haha

ape kau bwk dari sane? utk aku? :p

farahNothman said...

time aku pergi tak ade lah sejuk sangat. tp,dekat hotel ktorg mmg tak ade aircond. save budjet =,= HAHA
ak bawak diri aku jew utk kau <3