Trip ke padang ini sempena lawatan balas UiTM MELAKA kepada UNIVERSITAS PUTRA INDONESIA 'YPTK yang datang ke UiTM sebelum ini.
Ketibaan kami di sana disambut oleh rakan-rakan di sana. Yang baju kuning pelajar dari YPTK 'Indonesia dan baju hijau dari UiTM MELAKA 'Malaysia.
Kami menaiki bus daripada airport ke tempat tidur. Kami telah di tempatkan di asrama haji. Asrama haji merupakan tempat khusus haji dijalankan bagi sesiapa yang mahu pergi haji.
Bangunan di situ juga dinamakan seperti nama-nama tempat di Makkah. Contonya, Jeddah. Selain itu, KAABAH juga dibina sebesar kaabah yang sebenar.
Setelah membersihkan diri dan menukar pakaian. Kami telah dibawa ke Universitas Putra Indonesia Convention Center (UPI CC).
Untuk pengetahuan korang, UPI CC ini baru dibina sebulan selepas gempa bumi yang melanda Indonesia pada tahun 2009. Sebelum bangunan ini dibina, tapaknya merupakan sawah.
Di UPI CC, kami telah dihiburkan dengan tarian, nyanyian serta persembahan yang menarik daripada pensyarah dan juga pelajar-pelajar universiti di sana. Kami juga di sajikan dengan makanan. Ala-ala dinner dekat hotel. :)
Balik daripada UPI CC semua orang dah keletihan. Selepas mandi ada yang terus terlena. Sayangnya siapa yang tidur awal tu sebab kami yang tak tidur lagi ni dapat makan 'ais durian'. Sedap weh! Dah sampai Malaysia pown masih ingat kat ais durian ni.
p/s: hari seterusnya akan di update di entry berikutnya. :)
0 orang.berbicara:
Post a Comment