Tuesday, June 26, 2018

SHORT GATEWAY KE JANDA BAIK, PAHANG | farahnothman

Percutian yang tak dirancang. Farah baru tau yang Janda Baik ni dekat je dengan KL. Jadi, orang KUALA LUMPUR boleh la kalau nak plan pergi bercuti ke sini.

Sesuai untuk korang yang nak lari daripada kesibukan kota. Nak suasana yang tenang dan udara yang segar.

Farah dan keluarga decide untuk menyewa sebuah rumah sebab nak duduk ramai-ramai. Cari punya cari, di Riverside saja masih ada kosong.

Kami pilih Riverside sebab dia betul-betul dekat dengan sungai tanpa korang perlu start enjin kereta.

riverside janda baik | farahnothman

Ada macam-macam jenis bilik. Korang boleh usha sendiri la dekat website Riverside. Kami pilih rumah Raflesia sebab dia ada 2 bilik.

riverside janda baik | farahnothman

Ni la rupa rumah yang kami duduk. Ada 2 bilik, 1 bilik air. Ada dapur masak, rice cooker, water heater, perkakas dapur macam kuali periuk pinggan. Lengkap!

Kalau korang nak buat aktiviti BBQ pun, mereka dah sediakan tempat bbq tu cuma pekakas bbq korang kena bawa sendiri.

Ok, walaupun rumah ni ada 2 bilik je, tapi boleh duduk ramai-ramai tau. 1 bilik boleh masuk 3 orang (1 tilam queen & 1 tilam single).

Kalau korang jenis tidur lambak, boleh je masuk ramai lagi. Dia ada sediakan tilam jugak. Korang bawa jela bantal sendiri.

Paling best, seberang jalan je korang dah boleh main celup-celup kaki dalam sungai. Tak payah susah-susah nak hidupkan enjin kereta untuk menikmati air sungai yang sejuk tu.

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

Farah pergi cuma 2 hari 1 malam je. Rasa macam tak puas pula. Rindunya suasana tenang dekat Janda Baik. Buka je pintu dah boleh dengar bunyi burung berkicau dan bunyi air sungai.

Tenang gilaaaaa! Subhanallah!

Masa dalam perjalanan balik, kami singgah di Chalet Danau Daun sebab ada kafe dekat situ. Korang yang suka ootd, sini antara port cantik untuk ootd.

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

Dekat Janda Baik ni banyak gila penginapan tapi nasihat Farah, korang booking jela siap-siap. Lagi mudah.

Have fun! :)
Next
This is the most recent post.
Older Post

0 orang.berbicara: