Saturday, March 24, 2018

Tips Dapatkan Wajah Cantik Seperti Orang Korea | farahnothman

Korang suka tengok drama korea? Farah suka! Tengok muka hero heroin dia, Ya Allah cantik-cantik. Meh Farah share TIPS DAPATKAN WAJAH CANTIK SEPERTI ORANG KOREA.

Tips Dapatkan Wajah Cantik Seperti Orang Korea | farahnothman

Semua orang mengimpikan kulit wajah yang cantik, halus dan mulus seperti artis-artis Korea. Jadi, Farah nak share antara amalam yang bukan sahaja artis wanita malah artis lelaki Korea juga amalkan. Jom tengok apa yang mereka buat untuk pastikan kulit mereka cantik.

1. Minum Teh Hijau
Teh hijau adalah minuman wajib bagi masyarakat Jepun, begitu juga masyarakat Korea. Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat dan juga tanda penuaan. Nak cantik kena la amalkan makanan atau minuman yang tinggi antioksidan seperti teh hijau ini.

2. Pemilihan Pencuci Muka
Terlalu banyak pencuci muka di pasaran tetapi bagi orang korea, mereka akan memilih pencuci muka jenis 'Cleansing Oil' kerana ia dipercayai dapat membantu untuk membersihkan kotoran di muka lebih sempurna serta ia tidak mengeringkan wajah.

3. Penyegar Wajah
Setiap kali selepas mencuci muka, mereka akan menggunakan penyegar wajah untuk pastikan sel-sel kulit mati dapat disingkirkan dengan lebih sempurna selain ia juga dapat menanggalkan sisa make up yang masih berbaki pada muka. Pilih penyegar wajah yang betul adalah sangat penting supaya ia tidak mengeringkan wajah.

4. Gunakan Krim Wajah
Krim wajah bukan saja membantu untuk melindungi kulit daripada sinar UV malah ia juga membantu untuk melembabkan wajah. Ia merupakan rutin wajib bagi orang korea dalam penjagaan kulit muka. Nak tau macam mana nak pilih krim wajah yang betul? Korang boleh baca di SINI.

Whatsapp: 017-2802380
Facebook: Farah N Othman
Instagram: @fitnbeautybyfarah

0 orang.berbicara: