Sunday, July 21, 2013

aku yang terleka

kalau dahulu dia tegap dalam kedudukan berdiri,
kini tidak lagi,
dia terpaksa tegap dalam duduknya,
bagi mengerjakan perkara yang wajib dalam hidup,
iaitu menyembah tuhannya 5kali sehari.
Ya Allah..titisan jernih mengalir tanpa dapat ditahan.
aku cuma boleh berdoa kepada yang maha berkuasa,
berdoa dan terus berdoa,
semoga diberikan kesihatan yang luar biasa baik kepada kedua orang tua ku.
tanpa aku sedar ada perubahan dalam kehidupan seharian mereka,
aku terlalu leka dengan perkara yang hanya tersedia di depan mata.

0 orang.berbicara: