Tuesday, March 13, 2018

Punca & Cara Mengatasi Masalah Jeragat Di Muka | farahNothman

Masalah jeragat buat kita menjadi seorang yang tidak berkeyakinan tinggi. Ada orang sanggup guna macam-macam produk untuk hilangkan jeragat degil di muka.


Punca & Cara Mengatasi Masalah Jeragat Di Muka| farahNothman

Antara punca masalah jeragat di muka adalah akibat daripada sinar UV yang terkena pada kulit dan menyebabkan sel-sel kulit kita mati.

Oleh itu sangat penting untuk kita memastikan kulit sentiasa dilindungi daripada sinar UV dan juga daripada radikal bebas. Sinar UV bukan saja menyebabkan pigmentasi / jeragat malah boleh menyebabkan kanser kulit. CARA MENGATASI MASALAH JERAGAT DI MUKA
Sebelum jeragat ini muncul dekat muka korang, ada baiknya korang tau cara-cara bagi mengatasi masalah ini.
1. Basuh Rambut: Rambut yang berminyak akan menyebabkan muka kita juga berminyak. Bila muka berminyak, pori muka kita akan lebih mudah tersumbat dan mengakibatkan masalah kulit berjeragat dan berjerawat. Jadi, pastikan korang basuh rambut 2hari sekali.
2. Kosmetik Bebas Minyak: Korang jenis suka pakai make up? Ok, lepas ni korang kena lebih berhati-hati dengan pemilihan barang kosmetik. Pilih yang bebas minyak dan pastikan korang rajin basuh alatan make up seperti berus dan span.
3. Pemakanan Sihat: Pakar Nutrisi pernah 'mention' bahawa kekurangan Vitamin B12 dalam badan antara salah satu punca masalah jeragat ini timbul. Elakkan makanan yang manis, dan terlalu berminyak. Makan makanan yang kaya dengan Vitamin B12 seperti ikan, telur, susu, kacang dan banyak lagi. Salah satu cara untuk menghilangkan jeragat yang degil di muka adalah menggunakan JUS LEMON. Lemon sangat kaya dengan Vitamin C. Ia membantu untuk mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru & bantu mengawal minyak pada muka. Korang boleh ambil kapas dan sapukan jus lemon tadi pada muka. Biarkan selama 15-20minit dan basuh dengan air sejuk. Buat setiap hari sehingga korang berpuas hati dengan hasilnya. Selain itu, tak kira la korang perempuan atau lelaki, korang wajib pakai sunblock untuk melindungi kulit daripada terkena sinar UV secara terus. Prevent is better than cure!

0 orang.berbicara: