Tuesday, June 26, 2018

SHORT GATEWAY KE JANDA BAIK, PAHANG | farahnothman

Percutian yang tak dirancang. Farah baru tau yang Janda Baik ni dekat je dengan KL. Jadi, orang KUALA LUMPUR boleh la kalau nak plan pergi bercuti ke sini.

Sesuai untuk korang yang nak lari daripada kesibukan kota. Nak suasana yang tenang dan udara yang segar.

Farah dan keluarga decide untuk menyewa sebuah rumah sebab nak duduk ramai-ramai. Cari punya cari, di Riverside saja masih ada kosong.

Kami pilih Riverside sebab dia betul-betul dekat dengan sungai tanpa korang perlu start enjin kereta.

riverside janda baik | farahnothman

Ada macam-macam jenis bilik. Korang boleh usha sendiri la dekat website Riverside. Kami pilih rumah Raflesia sebab dia ada 2 bilik.

riverside janda baik | farahnothman

Ni la rupa rumah yang kami duduk. Ada 2 bilik, 1 bilik air. Ada dapur masak, rice cooker, water heater, perkakas dapur macam kuali periuk pinggan. Lengkap!

Kalau korang nak buat aktiviti BBQ pun, mereka dah sediakan tempat bbq tu cuma pekakas bbq korang kena bawa sendiri.

Ok, walaupun rumah ni ada 2 bilik je, tapi boleh duduk ramai-ramai tau. 1 bilik boleh masuk 3 orang (1 tilam queen & 1 tilam single).

Kalau korang jenis tidur lambak, boleh je masuk ramai lagi. Dia ada sediakan tilam jugak. Korang bawa jela bantal sendiri.

Paling best, seberang jalan je korang dah boleh main celup-celup kaki dalam sungai. Tak payah susah-susah nak hidupkan enjin kereta untuk menikmati air sungai yang sejuk tu.

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

Farah pergi cuma 2 hari 1 malam je. Rasa macam tak puas pula. Rindunya suasana tenang dekat Janda Baik. Buka je pintu dah boleh dengar bunyi burung berkicau dan bunyi air sungai.

Tenang gilaaaaa! Subhanallah!

Masa dalam perjalanan balik, kami singgah di Chalet Danau Daun sebab ada kafe dekat situ. Korang yang suka ootd, sini antara port cantik untuk ootd.

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

riverside janda baik | farahnothman

Dekat Janda Baik ni banyak gila penginapan tapi nasihat Farah, korang booking jela siap-siap. Lagi mudah.

Have fun! :)
Continue Reading

Thursday, March 29, 2018

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH merupakan skincare terbaru di pasaran menggantikan skincare sebelum ini iaitu Nutriwhite sejak 1 March 2018. Kewujudan YOUTH sangat menghantui rakyat Malaysia.

Bayangkan shaklee bawa masuk stock untuk 3 bulan tetapi habis dalam masa 1 minggu! Ya, benar! Nampak sangat rakyat Malaysia memang sukakan kecantikan. Sama la macam korang. Kalau tak, takkan korang ada dekat blog Farah sekarang ni. kan?

Skincare YOUTH bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya. Ia merupakan skincare organik dan hanya menggunakan bahan botanikal sebagai bahannya. Korang mesti tak sabar nak tau harga dan tengok kesan produk YOUTH pada penggunanya kan?

Dekat bawah ni Farah akan rungkaikan segala persoalan korang tentang harga skincare YOUTH ini. Jom tengok!
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman


HARGA SKINCARE YOUTH SHAKLEE 2018

Korang boleh dapatkan skincare YOUTH dalam bentuk set dan juga pembelian satu-satu produk. Berikut adalah Harga Retail skincare YOUTH untuk set dan juga harga setiap produk. Korang boleh dapatkan HARGA AHLI dengan setiap pembelian Intensive Treatment and Repair Set.

Harga YOUTH Intensive Treament And Repair Set: RM1338

Harga setiap produk skincare youth shaklee:

1. Luminous Gel Oil Cleanser (125ml)
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

2. Perfecting Skin Toner (177ml)
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

3. Age Defense Moisturizer SPF50 (50ml)
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

4. Advance Renewal Night Cream (50ml)
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

5. YOUTH Activating Serum (30ml)
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

6. Radiance C+E (60 capsules) 
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman


100% pengguna YOUTH telah mendapat kesan yang positif dan 2/3 daripada mereka mendapati kulit mereka menjadi 10tahun lebih muda melalui kajian Skin Age Index. Youth merupakan skincare pertama di dunia yang diuji menggunakan Skin Age Index dan ia telah diuji oleh pakar kulit serta pakat mata bagi memastikan produk ini selamat digunakan.

Dekat bawah ni Farah share dengan korang antara TESTIMONI pengguna YOUTH.

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman
YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman


YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman

YOUTH Skincare: Harga & Testimoni Pengguna | farahnothman
Hubungi Farah untuk keterangan lanjut:

Whatsapp: 017-2802380
Facebook: Farah N Othman
Instagram: @fitnbeautybyfarah
Continue Reading

Kebaikan Dan Kelebihan Skincare YOUTH Shaklee | farahnothman

Banyak sangat skincare dekat pasaran tetapi apa yang menjadikan skincare YOUTH sangat istimewa? Jom intai antara KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKINCARE YOUTH SHAKLEE.

Kebaikan Dan Kelebihan Skincare YOUTH Shaklee | farahnothman

Terdapat 6 item di dalam 1 set penuh skincare YOUTH iaitu terdiri daripada Cleanser, Moisturizer, Night cream, Toner, Serum, dan Radiance C+E. Di dalam setiap item ini terdapat YOUTH COMPLEX iaitu bahan utama yang digunakan bagi produk Youth.

KLIK SINI: 5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH

Antara kelebihan skincare YOUTH adalah;


1. Dikaji selama 8 tahun oleh saintis sebelum dipasarkan.
2. Diuji oleh pakar kulit dan pakar mata.
3. Tidak diuji keatas mana-mana haiwan. Hanya diuji ke atas manusia.
4. Bebas daripada 1500 bahan kimia berbahaya seperti Parabens, Mineral Oil, Merkuri dan lain-lain.
5. 100% Vegan. Hanya menggunakan bahan-bahan berasaskan tumbuh-tumbuhan dan organik sahaja.
6. Cruelty-Free. Tiada kekejaman keatas haiwan. Bukan saja tidak diuji pada haiwan malah tidak munggunakan sebarang bahan daripada haiwan seperti madu.
7. Skincare petama di dunia yang menguji kulit pengguna menggunakan SKIN AGE INDEX.

Apa kebaikan skincare YOUTH boleh beri pada penggunanya pula?


Korang tau tak? 100% pengguna YOUTH mendapati kulit mereka bertambah baik daripada sebelum pakai skincare youth dan 2/3 daripada mereka mendapati kulit mereka menjadi muda 10tahun. Keputusan ini dilihat melalui ujian Skin Age Index. Perbezaan kulit sebelum dan selepas pakai skincare Youth.

Bahan-bahan yang digunakan di dalam produk YOUTH bukan sahaja membantu untuk menjaga kulit supaya menjadi lebih sihat malah ia juga menambah baik keadaan kulit yang teruk menjadi lebih baik. Bayangkan, bahan-bahan utama ini terdapat juga di dalam pencuci muka.

Jadi, masa korang cuci muka tu, ia bukan sekadar mencuci malah ia juga bantu untuk membaiki sel kulit dari dalam. Kebanyakkan pencuci muka di pasaran hanya bertindak sebagai agent mencuci tetapi shaklee mahu pastikan penggunakan mendapat kesan yang terbaik bermula daripada mencuci muka. Skincare YOUTH ini sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuklah kulit sensitif.



Whatsapp: 017-2802380
Facebook: Farah N Othman
Instagram: @fitnbeautybyfarah
Continue Reading

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman

Skincare YOUTH baru saja lagi berada di pasaran dan korang mesti tercari-cari info berkaitan bahan dan juga kelebihan skincare YOUTH kan?

YOUTH bukan saja bebas daripada 1500 bahan kimia malah ia merupakan 100% vegan. Vegan tu maksudnya bahan-bahan yang digunakan hanyalah bahan-bahan berunsurkan tumbuh-tumbuhan. Tiada sebarang campuran daripada haiwan walaupun bahan seperti madu.

Terdapat 5 BAHAN UTAMA DAN KELEBIHAN SKINCARE YOUTH yang Farah nak bongkarkan pada korang semua. Bahan utama di dalam skincare YOUTH dipanggil sebagai 'Youth Complex'. Bahan-bahanya adalah Anggur Muscadine, Lotus Japonicus, Vital Repair, Apple Stem Cell, dan Schisandra.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman

Anggur Muscadine

Anggur ini sangat tinggi dengan antioksidan dan ia juga terdapat di dalam Vivix iaitu salah satu produk makanan tambahan yang shaklee ada. Ia sangat kaya dengan polifenol yang dipercayai mampu membuat wajah nampak muda dan berseri. Anggur muscadine bertindak untuk melindungi DNA daripada rosak akibat daripada radikal bebas yang menyebabkan penuaan.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman


Lotus Japonicus

Bila umur 25tahun ke atas, kolagen dalam badan makin berkurang. Maka, kita sangat memerlukan bantuan daripada luar untuk menggalakkan kolagen dalam badan. Lotus Japonicus boleh menggalakkan pembentukan kolagen serta elastin dalam badan di mana ia membantu untuk menjadikan kulit lebih anjal.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman


Vital Repair

Vital repair merupakan campuran antara vitamin dan bahan-bahan botani yang membantu untuk membaiki sel-sel yang telah rosak. Selain itu, ia juga bertindak untuk melindungi kulit daripada kesan radikal bebas serta memberi nutrisi pada kulit supaya tidak kusam.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman


Apple Stem Cell

Estrak Apple ini sangat popular dalam dunia skincare & YOUTH tidak lepaskan peluang untuk gunakan Apple Stem Cell sebagai bahan utama. Ia membantu untuk mempercepatkan proses sel kulit baru terbina supaya kulit kelihatan lebih muda dan berseri.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman

Schisandra

Schisandra membantu untuk memberi tenaga serta sokongan kepada kulit bagi melindungi kolagen serta elastin. Ia sangat kaya dengan antioksidan serta nutrisi yang menjadikan kulit nampak lebih sihat dan berseri-seri.

5 Bahan Utama Dan Kelebihan Skincare YOUTH | farahnothman




Whatsapp: 017-2802380
Facebook: Farah N Othman
Continue Reading

Saturday, March 24, 2018

Tips Dapatkan Wajah Cantik Seperti Orang Korea | farahnothman

Korang suka tengok drama korea? Farah suka! Tengok muka hero heroin dia, Ya Allah cantik-cantik. Meh Farah share TIPS DAPATKAN WAJAH CANTIK SEPERTI ORANG KOREA.

Tips Dapatkan Wajah Cantik Seperti Orang Korea | farahnothman

Semua orang mengimpikan kulit wajah yang cantik, halus dan mulus seperti artis-artis Korea. Jadi, Farah nak share antara amalam yang bukan sahaja artis wanita malah artis lelaki Korea juga amalkan. Jom tengok apa yang mereka buat untuk pastikan kulit mereka cantik.

1. Minum Teh Hijau
Teh hijau adalah minuman wajib bagi masyarakat Jepun, begitu juga masyarakat Korea. Teh hijau sangat kaya dengan antioksidan yang boleh membantu untuk mengurangkan masalah jerawat dan juga tanda penuaan. Nak cantik kena la amalkan makanan atau minuman yang tinggi antioksidan seperti teh hijau ini.

2. Pemilihan Pencuci Muka
Terlalu banyak pencuci muka di pasaran tetapi bagi orang korea, mereka akan memilih pencuci muka jenis 'Cleansing Oil' kerana ia dipercayai dapat membantu untuk membersihkan kotoran di muka lebih sempurna serta ia tidak mengeringkan wajah.

3. Penyegar Wajah
Setiap kali selepas mencuci muka, mereka akan menggunakan penyegar wajah untuk pastikan sel-sel kulit mati dapat disingkirkan dengan lebih sempurna selain ia juga dapat menanggalkan sisa make up yang masih berbaki pada muka. Pilih penyegar wajah yang betul adalah sangat penting supaya ia tidak mengeringkan wajah.

4. Gunakan Krim Wajah
Krim wajah bukan saja membantu untuk melindungi kulit daripada sinar UV malah ia juga membantu untuk melembabkan wajah. Ia merupakan rutin wajib bagi orang korea dalam penjagaan kulit muka. Nak tau macam mana nak pilih krim wajah yang betul? Korang boleh baca di SINI.

Whatsapp: 017-2802380
Facebook: Farah N Othman
Instagram: @fitnbeautybyfarah
Continue Reading